Aidilfitri 2008 : Live in Peace & Bless

44 comments

The fact is – this kad raya is made by myself 😎

Maybe it looks weird.. huhu.. but that’s what i know to do (using Macromedia Flash cause I forgot to install Photoshop. sheesh)

Tonight we’ll start the takbir raya, whether at masjid or by ourselves, means that Syawal has come and Ramadhan had gone. O Ramadhan, i hope we’ll meet again after this. And for Syawal, welcome to you.

Let us feel grateful to live in peace and bless. We are more lucky than some of our brothers and sisters out there. Lets say – Alhamdulillah.

We had been through Ramadhan this year and Syawal is just around the corner. Hopefully the nearly-past Ramadhan had brought us a meaningful life and motivation to be a better Muslim – in this world, and the Hereafter.

(Versi Bahasa Malaysia)

Malam ini kita akan mula bertakbir raya, samada di masjid ataupun sendiri, menunjukkan yang Syawal telah berkunjung tiba dan Ramadhan telah pergi. Oh Ramadhan, semoga kita bertemu lagi. Dan untukmu Syawal, selamat datang.

Marilah kita bersama-sama merasa bersyukur dapat hidup di dalam suasana yang aman dan diberkati ini. KIta lebih bertuah dari sesetengah saudara seIslam kita di luar sana.

Kita telah melalui Ramadhan tahun ini dan Syawal sudah hampir berkunjung tiba. Semoga Ramadhan yang baru sahaja pergi telah membawa kepada kita kehidupan yang bermakna dan motivasi untuk menjadi Muslim yang baik – di dunia ini, mahupun di sana nanti.

p.s : syam, life4hire, kak callister, kak ixora, kak shila, kak amy, kak ecahkoop, kak najlaa (saya menerima matawang Euro :mrgreen: ), adry, adlan khalidi, uncle G, knizam dan sesiapa lagi yang rasanya lebih tua dari saya dialu-alukan untuk memberi duit raya. hehe :mrgreen:

p.s.s : buat saffa, nono, zanurul, delicrazee, MK dan mereka yang rasanya sebaya dengan saya, anda juga dialu-alukan untuk memberi duit raya seadanya 😛

p.s.s.s : dan kepada anda yang tidak sempat saya sebutkan di sini, duit raya dari anda juga amat dialu-alukan oleh saya 😉

p.s.s.s.s : selamat hari raya aidilfitri buat semua. maaf zahir & batin. saya menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap. semoga anda beraya dalam suasana yang tenang dan aman damai bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang.

jumpa lagi! a.k.a see ya! 😛

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment